#Kelab Blogger Ben Ashaari

RECENT COMMENTS

Showing posts with label Dr AZIZAN OSMAN. Show all posts
Showing posts with label Dr AZIZAN OSMAN. Show all posts

Saturday, 20 February 2016

Kenali 7 jenis Hutang - Perkongsian

Salam, petang ni gi usha2 jap page Dr AZIZAN OSMAN.
Sambil2 tu kena tambah ilmu keusahawanan di dada jugak.

okeh jom baca !


Hutang untuk tanggung kos sara hidup, untuk bayar bil dan tanggung keperluan asas untuk hidup.

Hutang Tak Dirancang. Hutang yang datang tiba-tiba. Contoh apabila berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti kereta rosak, handphone hilang, kecemasan, isu kesihatan dan lain-lain. Anda terpaksa berhutang untuk selesaikan perkara-perkara tersebut.

Hutang Tak Terancang. Hutang yang dilakukan secara tiba-tiba seperti ketika ‘window shopping’, anda terbeli sesuatu menggunakan kad kredit atau pinjam dari orang lain.

Hutang yang dibuat dengan niat tak berapa baik. Contoh, jiran sebelah beli sofa, anda pun sanggup berhutang untuk beli sofa baru.

Hutang yang dibuat oleh seseorang yang berkemampuan, ada belanjawan dan kewangan yang bagus. Mereka selalunya boleh membayar dan mampu untuk berhutang.

Hutang yang dibuat untuk pelaburan seperti membeli hartanah yang kemudiannya disewakan atau hutang untuk membuat pelaburan yang betul dan menguntungkan untuk masa depan.

Kita menjadi penjamin kepada orang lain yang berhutang dan tak sedar tentang risiko yang akan kita hadapi.

Hutang yang kita buat tapi tidak nampak hasilnya akibat dari salah pelaburan dan silap digunakan dalam perniagaan.

Ramai orang berhutang untuk memulakan perniagaan tetapi akibat dari tiada ilmu, perniagaannya tidak ke mana-mana. Hasilnya tidak ada dan ianya hilang begitu sahaja.

Okey tu je so far..
Terima kasih tunjuk ajarku SIFU ! Dr Azizan Osman.


Sunday, 24 January 2016

Perkongsian : Tip & Trik Bisnes Di Rumah

Assalamualaikum.
sedikit perkongsian dari sifu Azizan Osman mengenai bisnes dari rumah.
Alhamdulillah, dah nak masuk 5 tahun kami berkecimpung dengan bisnes advertising & printing dari rumah.


TIPS 1: Seperti biasa, bangun awal pagi, mandi, sarapan, pakai pakaian yang kemas serta tetapkan pemikiran positif. Menetapkan rutin harian seperti gaya seorang usahawan profesional lakukan – ia akan membantu anda menaikkan lagi minda yang produktif dan proaktif.


TIPS 2: Bukan senang hendak melakukan kerja tanpa gangguan dari sekeliling. Salah satu cara untuk atasi masalah ini adalah dengan membina satu ruang khas yang boleh direka bentuk kelihatan seperti bilik pejabat. Anda boleh menghias mini pejabat ini mengikut kemahuan anda. Jadikan pejabat kelihatan seceria yang boleh kerana anda akan meluangkan masa yang lama membuat kerja bisnes di dalamnya.

Lengkapkan mini pejabat dengan barang-barang keperluan asas seperti komputer, mesin pencetak dan telefon. Tetapkan peraturan mini pejabat, sebagai contoh tidak dibenarkan orang lain memasukinya jika tidak mempunyai urusan penting. Peraturan yang disediakan tidak perlu terlalu ketat seperti pejabat sebenar, cukup sekadar untuk anda mendapat fokus sewaktu kerja sedang dilakukan di dalamnya.
 
TIPS 3: Ini merupakan trik berharga yang dikongsi oleh ramai jutawan. Contoh, jika anda bercadang untuk melakukan kerja bisnes harian bermula pukul 9.00 pagi ini bermakna anda perlu berada di dalam mini pejabat pada pukul 8.30 pagi.
Gunakan 30 minit awal ini dengan sebaik mungkin. Anda boleh mula merangka kerja-kerja yang perlu dilakukan pada hari tersebut dengan cara menulis di atas kertas – jadikan kertas ini sebagai senarai semak. Jika masih mempunyai masa terluang, anda boleh melayari internet dan media social untuk mencari info yang berguna atau mencari bahan-bahan yang boleh menambah tenaga positif diri anda.
Tonton video-video lucu yang boleh menceriakan anda, secara tidak langsung ini akan membantu anda bermula kerja dengan keadaan gembira dan tenang.
 
TIPS 4 : Susun kerja mengikut keutamaan, ini bermakna kerja yang mempunyai tarikh paling terdekat untuk dihantar ke pelanggan perlu disiapkan terlebih dahulu. Jangan tunda kerja walaupun kerja itu rumit, bina pelan kerja dengan teratur agar anda tidak menghadapi masalah dikemudian hari.

TIPS 5 : Kerja di rumah kadang kala akan membuat anda berasa kesunyian, gunakan media social seperti Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan lain.

Berborak dengan mereka sebentar untuk hilangkan stress diri, perbualan tidak semestinya berkaitan dengan bisnes, anda boleh borak apa-apa sahaja yang anda suka. Selesaikan kesunyian, kemudian sambung kerja semula.

TIPS 6 : Tetapkan waktu tamat bekerja. Ramai orang mampu bekerja 24 jam tanpa henti, tapi apa gunanya jika kerja tanpa henti yang boleh menyebabkan minda dan fizikal keletihan atau mungkin boleh mendatangkan masalah kesihatan.

Waktu tamat bekerja terpulang mengikut kehendak anda, mungkin anda ingin tamat seperti waktu pejabat sebenar 5.30 petang atau awal dari kebiasaan seperti pukul 3.00 petang.

Jangan seksakan diri dengan beban kerja di rumah, anda mempunyai kuasa untuk menguruskan beban ini dengan sebijaknya. Ini kerana anda merupakan bos kepada diri anda!

Perkongsian asal / Kredit informasi dari Fanpage DR AZIZAN OSMAN. 

Terima kasih sifu !  

 

Tuesday, 1 September 2015

Magnet Kekayaan & Kejayaan Dr AZIZAN OSMAN

Salam,

Lamanya tak hadpet entri kat sini.
macam biasa , busy .hehe
Alhamdulillah, sementara masih ingat ni, mai la cepat-cepat kita menghapdet apa yang berlaku minggu lepas.
Alhamdulillah, rezeki kami kali ini telah diaturkan oleh Allah untuk menghadiri seminar/ Klinik Dr Azizan Osman buat pertama kalinya setelah 4 tahun kami bertapak di dalam bidang design & printing.
Klinik Magnet Kekayaan & Kejayaan Dr AZIZAN OSMAN diadakan di SACC Mall Shah Alam pada tarikh keramat 31 August 2015 (Isnin). Klinik motivasi ini berlangsung selama setengah hari dari pukul 8.30 am- 1.00 petang.
Banyak info dan maklumat serta motivasi yg Dr Azizan berikan. Ya Allah, mulianya hati beliau.
Nak anak bangsanya berjaya bersama-sama. Tak penah lagi jumpa seorang insan yg penuh dgn energi mengajar anak bangsanya berjaya.

Then, lepas je tamat sesi half day tu, kami dengan tanpa berfikir lagi, terus sign up next session -  IMKK yang akan diadakan pada October nanti di Shah Alam.

Insyallah, kami akan cuba mengubah nasib sebelum meningkatnya beberapa series lagi.
Masih ada masa and belum terlewat untuk mengejar cita-cita sebagai orang yg berjaya..

 




Anda juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...