Salam, petang ni gi usha2 jap page Dr AZIZAN OSMAN.
Sambil2 tu kena tambah ilmu keusahawanan di dada jugak.
okeh jom baca !
|
Hutang untuk tanggung kos sara hidup, untuk bayar bil dan tanggung keperluan asas untuk hidup. |
|
Hutang
Tak Dirancang. Hutang yang datang tiba-tiba. Contoh apabila berlaku
sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti kereta rosak, handphone
hilang, kecemasan, isu kesihatan dan lain-lain. Anda terpaksa berhutang
untuk selesaikan perkara-perkara tersebut. Hutang Tak
Terancang. Hutang yang dilakukan secara tiba-tiba seperti ketika ‘window
shopping’, anda terbeli sesuatu menggunakan kad kredit atau pinjam dari
orang lain. |
|
Hutang
yang dibuat dengan niat tak berapa baik. Contoh, jiran sebelah beli
sofa, anda pun sanggup berhutang untuk beli sofa baru. |
|
Hutang
yang dibuat oleh seseorang yang berkemampuan, ada belanjawan dan
kewangan yang bagus. Mereka selalunya boleh membayar dan mampu untuk
berhutang. |
|
Hutang
yang dibuat untuk pelaburan seperti membeli hartanah yang kemudiannya
disewakan atau hutang untuk membuat pelaburan yang betul dan
menguntungkan untuk masa depan. |
|
Kita menjadi penjamin kepada orang lain yang berhutang dan tak sedar tentang risiko yang akan kita hadapi. |
|
Hutang yang kita buat tapi tidak nampak hasilnya akibat dari salah pelaburan dan silap digunakan dalam perniagaan.
Ramai orang berhutang untuk memulakan perniagaan tetapi akibat dari
tiada ilmu, perniagaannya tidak ke mana-mana. Hasilnya tidak ada dan
ianya hilang begitu sahaja. |
Okey tu je so far..
Terima kasih tunjuk ajarku SIFU ! Dr Azizan Osman.
No comments:
Post a Comment