sedikit perkongsian dari sifu Azizan Osman mengenai bisnes dari rumah.
Alhamdulillah, dah nak masuk 5 tahun kami berkecimpung dengan bisnes advertising & printing dari rumah.
TIPS 1: Seperti
biasa, bangun awal pagi, mandi, sarapan, pakai pakaian yang kemas serta
tetapkan pemikiran positif. Menetapkan rutin harian seperti gaya
seorang usahawan profesional lakukan – ia akan membantu anda menaikkan
lagi minda yang produktif dan proaktif.
TIPS 2: Bukan
senang hendak melakukan kerja tanpa gangguan dari sekeliling. Salah
satu cara untuk atasi masalah ini adalah dengan membina satu ruang khas
yang boleh direka bentuk kelihatan seperti bilik pejabat. Anda boleh
menghias mini pejabat ini mengikut kemahuan anda. Jadikan pejabat
kelihatan seceria yang boleh kerana anda akan meluangkan masa yang lama
membuat kerja bisnes di dalamnya.
Lengkapkan mini
pejabat dengan barang-barang keperluan asas seperti komputer, mesin
pencetak dan telefon. Tetapkan peraturan mini pejabat, sebagai contoh
tidak dibenarkan orang lain memasukinya jika tidak mempunyai urusan
penting. Peraturan yang disediakan tidak perlu terlalu ketat seperti
pejabat sebenar, cukup sekadar untuk anda mendapat fokus sewaktu kerja
sedang dilakukan di dalamnya.
TIPS 3: Ini
merupakan trik berharga yang dikongsi oleh ramai jutawan. Contoh, jika
anda bercadang untuk melakukan kerja bisnes harian bermula pukul 9.00
pagi ini bermakna anda perlu berada di dalam mini pejabat pada pukul
8.30 pagi.
Gunakan 30 minit awal ini dengan sebaik mungkin.
Anda boleh mula merangka kerja-kerja yang perlu dilakukan pada hari
tersebut dengan cara menulis di atas kertas – jadikan kertas
ini sebagai senarai semak. Jika masih mempunyai masa terluang, anda
boleh melayari internet dan media social untuk mencari info yang berguna
atau mencari bahan-bahan yang boleh menambah tenaga positif diri anda.
Tonton video-video lucu yang boleh menceriakan anda, secara tidak
langsung ini akan membantu anda bermula kerja dengan keadaan gembira dan
tenang.
TIPS 4 : Susun
kerja mengikut keutamaan, ini bermakna kerja yang mempunyai tarikh
paling terdekat untuk dihantar ke pelanggan perlu disiapkan terlebih
dahulu. Jangan tunda kerja walaupun kerja itu rumit, bina pelan kerja
dengan teratur agar anda tidak menghadapi masalah dikemudian hari.
TIPS 5 : Kerja
di rumah kadang kala akan membuat anda berasa kesunyian, gunakan media
social seperti Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan lain.
Berborak dengan mereka sebentar untuk hilangkan stress diri, perbualan
tidak semestinya berkaitan dengan bisnes, anda boleh borak apa-apa
sahaja yang anda suka. Selesaikan kesunyian, kemudian sambung kerja
semula.
TIPS 6 : Tetapkan
waktu tamat bekerja. Ramai orang mampu bekerja 24 jam tanpa henti, tapi
apa gunanya jika kerja tanpa henti yang boleh menyebabkan minda dan
fizikal keletihan atau mungkin boleh mendatangkan masalah kesihatan.
Waktu tamat bekerja terpulang mengikut kehendak anda, mungkin anda
ingin tamat seperti waktu pejabat sebenar 5.30 petang atau awal dari
kebiasaan seperti pukul 3.00 petang.
Jangan seksakan diri
dengan beban kerja di rumah, anda mempunyai kuasa untuk menguruskan
beban ini dengan sebijaknya. Ini kerana anda merupakan bos kepada diri
anda!
Perkongsian asal / Kredit informasi dari Fanpage DR AZIZAN OSMAN.
Terima kasih sifu !
No comments:
Post a Comment