23 October 2014 Khamis
OSAKA MUSEUM HOUSING AND LIVING
Okey , entry kali ni sambungan story yang tergendala last week. Haha..maafla, tak sempat nak story mory lebih details sebab kekangan masa dgn kerja and design part time di kala ini. Hanya mampu menempek gambar sebagai tanda "update" di blog.. Express kan..
Continued story. then , on 1st day tu jugak, tempat kedua yg kami sempat visit ialah Osaka Museum Housing and Living. Actually first impression time dengar museum tu, sedikit rasa skema la pulak. Tapi harusla lawati jugak tempat ni sebab ade 1001 cerita pasal sejarah Osaka..yang ni takde dalam buku Sejarah Malaysia Tingkatan 1-5 ya..tak termasuk sillibus. Sebelum aku merapu dengan lebih panjang, meh layan gambarssss we olsss ya !
Ni kat stesen subway Miyakojima-dori dari Osaka Castle. Cara nak menaiki subway di sini, korang jangan hafal lak laluan yg korang search masa kat Malaysia. Just korang kena faham maps yang diberi semasa di kaunter Tourist Information. Insyallah, if faham laluan, takkan sesat. And silalah rajin bertanya ya. Melainkan kalau itinerary tak berubah 100 %..macam aku and husben, depends pada laluan dekat untuk pergi ke sesuatu tempat. Itinerary hanya sebagai guide.
Laluan pejalan kaki. Bila trafik light hijau, baru boleh jalan. Orang jepun sangat mengikut peraturan lalu lintas..even takde kereta yg lalu pun mereka masih mematuhi lampu isyarat..Tabik spring !!
Eskalator menuju ke Osaka Museum Housing and Living. Nampak tinggi kan ?
Wall designs ~
dah nampak building ..yang ni kitorang snap dari cermin. Kiranya unik jugak museum dia ni. First impression rasa teruja bila dh masuk museum ni. mempunyai daya tarikan untuk tourist. Tak boringggg sehh !
Edo- period Osaka , beberapa abad yang dulu.
Abaikan kualiti gambar yg blur ~
Perkakasan yang digunakan masa zaman Edo- period Osaka
Nampak klasik kan.
Semasa hari masih cerah.
Di salah satu lorong sebelum menjelang malam. Bukan Lorong Haji Taib yaaa.. Haippp !!
Apelah pakcik ni cari... Confused di situ
Tempat menjamu selera masyarakat Jepun di Osaka. Berlantaikan tikar Tatami. Adab dan cara makan mereka sangatla sopan..
Tempat basuh kaki sebelum masuk rumah kot ~
Berposing dulu sebelum menjengah masuk rumah
Sesi memakai kimono. Anda akan dikenakan bayaran sebanyak 200 yen untuk sesi 1 jam sahaja. So , bolehlah bergambar dengan kimono. Jangan lepaskan peluang sambil menikmati suasana di zaman Edo Period.
Jangan muntah hijau ya... Posing with Kimono ..~
Yang pastinya bukan kakak and adik. Konichiwa.. Arigato Gozaimas ..Haittt !
Pokok buluh itu salah satu pokok yang ditanam di halaman rumah masyarakat Jepun.Nampak comel pulak.
Kanak-kanak Jepun.Dorang pun baru nak melawat.
Hall tempat bersantai agaknya ~
Jepun versi muslim.. :)
Okey , jom balikk ! Cute tak reben tuh..haha !
Layan miniature rekabentuk rumah-rumah di Osaka pulak
Tersusun rapi je kawasan rumah dorang ni
Maybe Suzuka and Nobita sedang berjalan-jalan makan angin
Terjumpa pulak dengan Sunio di tengah jalan ...
Ada subway Hankyu di sini ya
di sekitar lorong Osaka Museum Housing and Living, Osaka
No comments:
Post a Comment