#Kelab Blogger Ben Ashaari

RECENT COMMENTS

Tuesday 2 September 2014

Cabaran: # Cabaran Hari 1 – 5 Fakta Tentang Diri

Assalammualaikum,

tengah blogwalking tadi, tetiba ternampak #‎Cabaran30Hari‬ dimana tiap hari kena update entry berkaitan isu/topik yy diberikan oleh Marqis Careno.

Okey, apa nak hapdet yer...haha. Takdelah ape yang istimewa sangat pada diriku ini. Hehe. sambil tangan letak kat bahu.



1. Kaki jalan
Agaknya memang sejak azali dah dilahirkan sebegini. sangat suka berjalan/ travel. Tak kisah la memana pun, janji dapat tengok tempat-tempat yang menarik. Suka tengok tempat orang, belajar dari pengalaman, sesat larat, semua tu mengajarku utk hidup berdikari. Teman setia follow aku travel dan jadi mangsa ialah - cik abang. yelah, sape lagi kan.So far, adalah 5-6 buah negara Asia yg pernah dijelajah. Insyallah, akan menyusul lagi. Jap , check poket. Hihikkss !

2. Suka berenang 
Yapsss, hobiku dalam sukan - suka berenang. Belajar floating pun sendiri2..huhu..terapung kejap, tenggelam kejap..hehe..lama2 dah pandai...More kepada scuba diving and snorkelling.
Pernah satu ketika, iaitu 2 tahun lepas, ketika pregnant 7 bulan, mak buyung ini travel ke Kota Kinabalu dan dengan gagahnya gi snorkelling di laut. Owh, nasib tak beranak dalam air yer.. Bila ingat semula, haha, lawak pun ada. Kalaula tetiba rasa nak beranak, tempat lahir baby -  dalam laut la agaknya yg tertulis di surat beranak. Sekarang anak, memang tempat paling dia suka -  kolam, bilik air...Hobi : suka main air. Anak mak..!

3. Suka jalan-jalan cari pasal..ehh tak..cari Info la..
Tak kisah info pasal ape, asalkan ada gunanya. Yelah, nak maju kena usaha sendiri. Mana ada orang kata, mehh bukak mulut, makcik nak suapkan..kalau ade bertuah badan cikk..

4. Tak suka menunggu orang
Yang ni memang tidak dapat disangkal. Sebabnya , if menunggu orang yg tak kunjung tiba, boleh bertukar jadi hijau satu badan. Macam hulk. nak try..meh ! Cuba lah suruh daku tunggu. Hohooo!!

5.Sukakan fotografi
Daku tak suka berselfie..pemalu sikit orangnya. Tapi, daku suka mengambil gambar- tak kisah la gambar ape, janji cantik, ada kelainan, especially tempat. Owh , nak kata berjiwa seni tu takla. yela sekarang dah bergiat secara kecil-kecilan jadi Part time fotografi utk keje kawen. Adik2, sedara mara, cousin, sepupu sepapat, memang inilah orgnya. Sepasang suami isteri ini. Haha.. At least, jimat sikit utk bahagian fotografi.

Itu je mampu ku coretkan. Nak letak gambar ape erk..

Jap, selongkar folder...

Okehhh, nanti tepekk..

Daaa..Salam. 

1 comment:

Anda juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...