Salam...owh dah berhabuk sikit blog saya ni. Al maklumlah, siang malam bekerja, tak sempat nak berbelog lagi..
Kali ni nak share tentang FAKTA KESIHATAN pulak..tentang CIK LOBAK...kenal tak sape??
Haaa..korang view gambar kat bawah ni..hehe
Itulah dia gambar manis cik LOBAK yang saya maksudkan tadi..kalau kat rumah saya, lobak ini sentiasa ada di fridge...memang sukakan colornya ..tambah2 lobak yg segar bugar..oren je kan color dia...sesuai untuk semua jenis masakan.. kalau pegi Tesco tu, memang stok lobak ni nak dekat 10 biji.. Masa zaman Isha kecik sebelum ni, mmg tiap2 hari dia telan lobak dalam bubur dia..
Jom kita tengok ape kebaikan lobak ni. Sila baca ye..:)
Lobak merah merupakan sejenis tumbuhan berubi. Namun begitu ia dikelaskan sebagai sayuran dan menjadi bahan masakan utama yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Jerman pada kurun ke-16 dan merupakan spesis D.Carota serta dikelaskan sebagai Magnoliopsida.
Kelebihan Lobak :
lobak merah juga berfungsi untuk tujuan perubatan. Menurut herbalis Nichiolas Culpepper di dalam bukunya The Complete Herbal, lobak merah berupaya :
- memecah angin
- menyembuh luka
- meningkatkan kekerapan kencing
- memecahkan batu karang
- daunnya dihancurkan dengan madu boleh merawat luka.
Cara menyimpan Lobak :
Seeloknya lobak merah hanya boleh disimpan selama seminggu sahaja di dalam peti sejuk atau di tempat yang dingin dan gelap.
Seperti yang dijelaskan tadi, lobak merah yang berwarna jingga terang adalah berpunca daripada Beta Karotena yang berlebihan di dalam lobak tersebut. Secara tidak langsung ia memberi kebaikan kepada kesihatan manusia kerana ia membekalkan vitamin A.
Selain itu, lobak merah juga kaya dengan serat, anti oksida dan pelbagai mineral berkhasiat. Kekurangan vitamin A mampu menyebabkan masalah penglihatan yang kabur terutama di waktu malam. Justeru memakan lobak merah dengan kerap dapat membantu mengatasi masalah tersebut.
Bukan itu sahaja, pengambilan lobak merah dalam sajian harian juga dikatakan mampu mengurangkan kandungan gula dalam badan, mencegah kanser dan gout, mengubati kencing manis, mengurangkan risiko penyakit jantung dan membantu penghadaman.
Sekian, jom rajin2 makan lobak selepas ni. Banyak khasiatnya taw..Mata jadi cantikk...:)
Okey babai.. Selamat malam.
Sumber : Majalah Rasa Karangkraf
No comments:
Post a Comment