#Kelab Blogger Ben Ashaari

RECENT COMMENTS

Tuesday, 14 January 2014

" Capailah Bintang-Bintang"

Kesinambungan coretan 2009 suatu masa dahulu..

Semua orang inginkan kejayaan.Dan bila menyentuh soal kekayaan,pasti semua orang mengimpikannya.Siapa yang tidak mahu kekayaan.Semua inginkan kesenangan yang mampu menjamin kehidupan yang lebih selesa dan sempurna.Namun begitu bukanlah mudah untuk mengukir kejayaan,kesenangan hidup tanpa perlu melalui pelbagai rintangan hidup.Tambahan di usia muda begini.
Tetapi tidak mustahil untuk mencapai apa yg diimpikan.Asalkan ada usaha yang berterusan tanpa ada perasaan jemu.Yang penting bijak mengatur strategi dan mengintai peluang yang ada di depan mata.Di dunia ini peluang sentiasa ada di mana-mana asalkan kita berani “grab” dan menghadapi risiko yang mendatang.
Tambahan sekarang ini kegawatan ekonomi mula melanda kebanyakkan negara.Termasuklah negara kita.So,ramai yang diberhentikan kerja.Harga barang pula tak segan silu melambung.Hal ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita bahawa kuasa beli wang amat penting untuk menjamin kehidupan supaya lebih stabil.Adakah cukup dengan gaji yang diberi oleh majikan kita?Adakah kita perlu mencari side income atau bekerja part-time untuk menambah sumber pendapatan kita.Jawapannya..bergantung kepada diri anda sendiri.Jika anda rajin berusaha dengan konsisten tanpa mengenal jemu,pasti anda menemui kejayaan.
Namun,tidak semua usaha yang kita lakukan berhasil.Adakalanya kegagalan muncul seketika untuk menguji kita sama ada kita seorang yang tabah atau tidak menghadapi kegagalan tersebut.Kegagalan pula tidak bermakna kita akan tewas selama-lamanya.Ada sesetengah orang berjaya di dalam bidang perniagaan di saat-saat akhir setelah menghadapi kerugian.Ada sesetengah orang sudah berjaya di tahap pertama tanpa perlu menghadapi banyak risiko ataupun rintangan.Apa yang paling penting, jadikan kejayaan atau kegagalan ini sebagai kayu ukuran untuk kita lebih berdaya saing.Bak kata pepatah’ gagal sekali tak bererti gagal selama-lamanya’.Betul tak?Bak kata cerita upin n ipin”Betul..betul..betul”.
Tidak kiralah apa bidang yang kita ceburi,seperti perniagaan, belajar,bekerja ataupun apa sekali pun,usaha dan doa itu paling penting.
Oleh itu, bijaklah mengatur strategi dalam kehidupan kita supaya apa yang kita impikan, apa yang kita nak menjadi kenyataan.Jangan hanya bermimpi di siang hari.Jangan hanya kata-kata di bibir sahaja tanpa disulami dengan usaha.Itu tidak berbaloi sama sekali!.
Sekian coretan dariku..
p/s:”Capailah bintang-bintang.Sekiranya hajat kamu tidak kesampaian, kamu masih mampu mencapai bulan”
(Sekiranya sesuatu yang hebat itu tidak mampu dicapai,maka kamu masih mampu mencapai sesuatu yang dibanggakan)

upin n ipin

No comments:

Post a Comment

Anda juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...