Antara TIPS terbaik yang mungkin boleh menjadi panduan anda semua ialah :
Jom scroll ke bawahhhhh ni :
1. Kena RAJIN berusaha. Kalau nak berjaya tapi takde USAHA, so no point di situ. Takde istilah goyang kaki tapi duit masuk.
2. Jimat. Make sure ada simpanan untuk kegunaan masa depan. If ada gaji, boleh simpan 10% setiap bulan. If berniaga sendiri, kena ade saving account utk simpan duit untung utk kegunaan masa depan/ nak buat modal bisnes.
3. Sentiasa KEJAR masa and jangan sia2 kan masa yang ada. Takde istilah "Nanti", owh kejap lagi la, Sat2 la, or sewaktu dengannya. Jika anda berlengah, peluang akan hilang sekelip mata.
4. Sentiasa SENYUM dengan customers anda. Even kalau ada cabaran or halangan, kena sentiasa berfikiran positif and Open minded dalam berbisnes. Takde istilah " TIADA CABARAN dalam perniagaan. Kalau sentiasa senang hati je tu, maybe peniaga tersebut sedang berada di ZON SELESA.
5. Harga berpatutan. Customer akan repeat order dengan anda setiap kali ingin mendapatkan sesuatu produk yang anda jual. Perkhidmatan dan servis yg bagus akan menjemput customer anda untuk datang membeli lagi pada masa akan datang.
6. Berkenaan dengan hutang. Boleh dilangsaikan beberapa fasa jika anda tidak mampu melangsaikan sekali gus. Dan urus perbelanjaan hutang piutang anda dengan baik supaya aliran cash flow sentiasa positif. Jika anda di tahap cash flow -ve, kena ambil langkah berjaga-jaga dari sekarang !!
7. SEMAK aliran tunai/ cash flow anda. Perlu displinkan diri untuk menguruskan perniagaan anda. Jika anda berniaga tapi aliran tunai sentiasa di bawah paras tidak mencukupi, bermakna anda kena lebih berdisplin dan sebaik-baiknya sediakan satu buku rekod keluar masuk wang anda. Dari situ anda tahu ke mana aliran wang anda.
TIPS ini tidaklah tips baru tetapi telah diamalkan oleh beberapa peniaga berbangsa lain. Jika anda mahu maju seperti mereka, ambil langkah DRASTIK mulai hari ini. Langkah ini mestilah diamalkan selalu utk menjadikan anda seorang peniaga yg bijak dan berdisplin untuk maju ke hadapan or dalam erti kata lain BE SUCCESS !!
Sekian terima kasih..JUMPA lagi !!
Coretan dairi
Isha Creative Enterprise
Key Success start NOW !!