#Kelab Blogger Ben Ashaari

RECENT COMMENTS

Thursday 16 January 2014

Trip ke Seoul Dec 2013

Percutian kali ni jauh sikit. Perjalanan memakan masa selama 6 jam. Haha..Percutian ni pada bulan lepas, terjadi pada 10 Disember 2013.
Dah sebulan jugakla. So merasalah macamana Winter season kat negara orang. Taubat jugakla…agak cramp..

Kitorang pegi 4 orang. Redah jer…padahal sorang pun x pernah jejakkan kaki ke sana. Berbekalkan keimanan dan kekuatan yg ada, kitorg belasah je jalan yg kitorg jumpa. Dengan MAP sentiasa di tangan. Padahal org Korea semua pakai hp Samsung Apps. Wakaka..lawak di situ..:p
Takpela experience as a backpacker yg tak brape nak kental nih..

Flight yg aku naik kali ni adalah AA. As a backpacker kena berjimat cermat. Kalau MAS, harus pegi bila ada company trip. Schedule flight kitorg ditukar @ 1.00 am. Dalam hati berbunga2. So senang skit nak melelapkan mata sebab perjalanan jauh. Takdelah sepuluh kali bangun sampai kejang lutut.

So, arrived at Incheon Airport @ 8.15 am next day. Berbaloi2 hokeh..dengan penuh keterujaan , terus mencari toilet nak mandi..yela, dah biasa kat Malaysia, bangun tido terus mandi. Tapi yg sedihnya, tak jumpa lak bilik mandi.

So, kitorg discuss and plan nak naik bus transfer je ke Guest House. Jimat harus ada sambil menikmati suasana pagi di Seoul. Berasap-asap erk bila bercakap. J.A.K.U.N sekejap..ahakss!!

So, naik bus menuju ke Myeongdong. Kat sini sangat meriah and heaven for shopping spree. OMG ! kitorang punya trip ni bukanla trip nak bershopping tp more to jalan2 cari pasal….otw nak mengarut dah ni…sila kembali ke jalan yg benar !

Sampai je kat GH, recept sana tak bg terus checkin..lagipun GH tu sangatla femes yer..aku dah booking 4 bulan sebelum pegi tu..Tu pun dapat tingkat 5 yer…klu booking lambat a.k.a nak dekat2 time pegi tu, alamatnya tido tepi longkang la…

Pas mandi, settled paymnt utk room, kitorg pun memulakan perjalanan. Naik subway okeh…agak mencabar mula2 sebab nak faham mcmana cara laluan and transit yg betul antara subway. Banyak betul LINE subway. Yg tak bestya, kalau salah transit, confirm kena bayar / topup…

First day kitorang just jalan2 nearest the GH. Pegi Namdaemun Market. Saja jalan2 cuci mata.. katanya murah area ni. Tapi memandangkan pegi winter season, so yg ada hanyalah winter clothing and sewaktu dgnnya. Harga pun tak la murah sangat..boleh tahan..sebab bila bg harga jer, cepat2 calculator otak translate bpe harga in RM. Maybe disebabkan kualiti kain yg agak tebal,

Pastu naik train ke Dongdaemun pulak.disebabkan snow dah mula turun skit2 and angin pun sgt sejuk/ dingin, so kitorg malas nak jalan jauh2…dah gayanya mcm nak sesat. Doota Mall x jumpa2...So before sesat larat ntah ke mana2.Baik pulang ke pangkal jalan


Malam tu aku and cik abg dinner @ Itaewon.






 


Lepaking area at GH ...



No comments:

Post a Comment

Anda juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...